Assalamulaikum.
Kiraan pantas menunjukkan blog ini sudah 60 hari tidak dihiasi dengan post baharu. Pergh, lama giler tak update blog. Kalau roti biar selama tu confirm kulat dah sehasta tebal. -.-"
(Gambar hiasan)
Anyway, aku tak tahu nak cakap apa. Sekadar nak update, so post ini agak cacamarba. (Maaf, tak berapa gemar draft. Kalau Blogger takde
draft function tu pun aku masih boleh survive.)
Cuti semester sangatlah best. Perasaan bercampur aduk. Minggu-minggu awal rasa macam nak cepat-cepat habiskan cuti lepas tu balik Puncak secepat mungkin. Minggu-minggu akhir rasa macam nak lambat-lambat habiskan cuti lepas tu balik Puncak selambat mungkin. =.=' Karma? Mungkin.
Dan disebabkan terlalu bosan...
Hehe, mintak maaflah hari-hari spam news feed korang dengan benda-benda ni. Bukan apa, ramai kawan gua yang main game-game tu. Lagipun...
Dah dekat sangat dah tu. Awesome tak? Top 3 list aku semuanya budak Puncak. Tak hairanlah kalau aku begitu bersemangat mewujudkan...
Lifeless sungguh aku. -.-"
Inilah bakeri saya. Klik gambar untuk paparan lebih terang, jelas, nyata dan izhar. xD
(Macamlah korang nak tengok sangat kan. -.-)
Fenomena terbaharu.
Semua dah galak main kan? Apa lagi? Add lah saya jadi neighbour. xD
Gambar bandar saya? Hehe, nak tahu layout bandar saya, add lah. :P
Result exam?
(err, okay, gambar tak nak blah. -.-)
Bolehlah. Tak nak cerita kat sini, isu lapuk. Yang penting lepas target dan dapat buat mak ayah aku kembang
tekak hidung. xD
Duit biasiswa JPA?
Sudah masyuk. $.$ Apa plan? Shh, rahsia!! :P
AFF Suzuki Cup?
Hot news untuk bulan Disember. Err, tarik balik. Bukan cup tu, tapi Khairul Fahmi. -.-" Penuh homepage Twitter aku dengan tweets pasal dia. Choi!! (Niat di hati nak saja aku capture screen masa tu, tapi aku respect privacy tweets korang. xD)
Detik bersejarah. :')
Anyway congrats Malaysia. Tamat sudah penantian 14 tahun. Sang garuda akhirnya tumbang di cengkaman kuku harimau. Eh chop, garuda wujud ke? -..- Hanya mitos kan kan kan? xD
Saya sayang kawan-kawan saya.
(tak nampak ke? sorry. klik gambar untuk "besau"kannya.)
Terima kasih kepada semua 31 orang yang like status ni hari tu. Terharu rasanya. *lap lap air mata* :') Tapi ingat, bukan sekadar like, itu adalah janji. :D
Permohonan kolej?
Logo kolej tercinta. xD
Alhamdulillah, lulus. :) Walaupun dapat tingkat 5 dan rumah sempit, at least dapat. So bersyukurlah. :D
Berat badan?
Tak naik, tak turun. MAINTAIN!! Urghh, kurus sangat ni, nak gemuk sikit. Tapi makan banyak pun macam takde effect je. -..- Siapa boleh sponsor Appeton Weight Gain? Tolong jangan kata "Duit JPA kau kan ada.". -.-
Menjelang tahun baru 2011.
Excited? Ha'ah, tapi part percikan bunga api "besar punya" saja lah. :P Tak pernah excited setiap kali tahun baru. Azam pun jarang ada. Haishh, manusia takde matlamat betul aku ni. -.-
Apa lagi nak cerita hah? Err, cukuplah kot. Post yang ni pun dah berterabur kan kan kan. Dengan gambar warna-warni segala bagai. Pening tak baca? O.o
~End Post~