Harry sang tebuan sedang bermalas-malasan di dalam sarang beliau.
Dengan tangannya memegang iPod dan telinganya tersumbat dengan earphone.
Beliau sedang mendengar lagu dengan riangnya.
Seperti manusia, beliau turut menyanyi mengikut irama lagu.
.
"Imma be, Imma be, Imma Imma Imma be"
.
"BANG!! BANG!!"
.
Bunyi tembakan silih-berganti memecah keheningan hari yang penuh dengan kedamaian itu.
Tembakan yang dilepaskan oleh tebuan-tebuan yang lain.
Hanya terhenti selepas 21 das dilepaskan.
Kelihatan Harry telah pun terkulai layu. Tidak bernyawa.
Dengan keadaannya masih memegang iPod beliau dan telinga beliau masih tersumbat dengan earphone.
.
Kenapa tebuan yang lain menembak mati Harry?
Sebabnya senang sahaja ~ salah faham.
Mereka menyangka Harry menyanyi seperti berikut:
.
"Imma bee, Imma bee, Imma Imma bee."
.
Pada pendapat mereka, Harry menyanyi lagu itu kerana telah murtad daripada golongan tebuan (wasp) dan masuk ke golongan lebah (bee).
Dalam kitab Hukum Kanun Tebuan-ism, telah termaktub bahawa barangsiapa yang murtad daripada golongan tebuan, maka hendaklah beliau dihukum bunuh.
Oleh itu, Harry secara tidak langsung telah menjadi mangsa keadaan.
.
Kesian Harry.
.
P/S: Homophones suck!!
.
~End Post~
No comments:
Post a Comment