Sunday, May 15, 2011

Keep Calm And Read This While Munching Your Kacang Ngan Yin

Lama dah tak update blog. Aku tahu korang tak rindu blog update aku, tapi aku tetap nak update jugak. Aku memang budak degil. Aku tahu. *nyaris typo*

Rumah aku ada 7 ekor kucing. Dan bakal bertambah sebab salah seekor daripadanya dah sarat bunting. Sekarang ni dia sibuk cari spot dalam bilik aku untuk beranak. Mungkin kata-kata mak aku dah jadi doa yang makbul.

"Bilik kau ni sepah macam kucing nak beranak!"

Aku dah jarang update status kat Facebook. Kalau dulu 1 hari aku update dalam 5 atau 6 kali, sekarang ni even pernah aku tak update status 3 hari sampai orang lain dah siap sedia nak buat solat jenazah untuk aku sebab ingat aku dah mati. Game pun dah tak banyak main, Baking Life satu-satunya yang aku bukak hari-hari. Kalau kek hangus, aku jiwa kacau . *nyaris typo lagi*

Bahasa dah terevolusi. Begitu juga ejaan. Kaedah turut berubah. Kalau dulu nak ubah ejaan, para linguist bertauliah lagi disegani kena bersidang banyak kali sampai naik kesian kat mak cik yang bancuh kopi dan goreng cekodok untuk diorang. Tapi sekarang nak ubah ejaan sendiri ikut suka je. Contoh mudah: "Happy birthday". Perkataan yang tak panjang, hanya 14 aksara termasuk space. Tapi lagi mahu pendekkan. Bermula dengan "epi besday", kemudian "epibeday", diikuti oleh "besday" dan last sekali "HB". Bagi aku itu adalah perbuatan yang tidak menunjukkan keikhlasan. Baik tak payah wish. -_____-"

~End Post~

P/S: Bila agaknya Doraemon nak menjelma daripada laci meja belajar aku ni?