Err, okay. Takde kena-mengena dengan title. -________-"
Berdasarkan kajian yang dijalankan oleh Prof. Firdaus the Great, dapatlah beliau simpulkan bahawa terdapat tiga jenis suspense yang utama.
Spesies 1 - Suspense yang natural dan tidak dibuat-buat.
Contoh situasi:
Jam menunjukkan pukul 2 pagi.
Korang duduk sorang-sorang kat dalam bilik.
The whole family korang dah masuk tidur.
Tiba-tiba terdengar bunyi ketukan kat luar rumah.
Korang pun mula cuak, fikir siapa yang ketuk pintu.
Maka korang pun dengan kayu besbol di tangan menuju ke pintu.
Buka saja pintu, baru nak hayun kayu.
"WOI, LEK LU..!! Ko ingat aku perompak ke?
Rupanya korang terlupa yang abang korang kerja shift malam dan memang habit dia tak bawa kunci rumah.
Buang karan je suspense. -.-'
Spesies 2 - Suspense yang dibuat-buat.
Contoh situasi:
Pada satu pagi yang indah, korang keluar rumah check mail box.
Korang dapati ada satu kotak misteri tertulis nama korang.
Dengan penuh debaran, korang pun bukak kotak tu.
Dalam kotak tu rupanya ada bom. :O
Suspense korang pun mula mencapai klimaksnya, yelah takut meletup.
(P/S: Jangan fikir yang lain okay!! =.=")
Maka korang pun berlari mencari tempat perlindungan.
Lalu terdengarlah bunyi yang menggegarkan cuping telinga...
CUT..!!
Laa, tengah shooting rupanya. Memang dibuat-buatlah kan suspense itu.
Dan bom itu pun pastinya palsu.
Cheh..!! -.-'
Spesies 3 - Suspense yang langsung tak suspense.
Contoh situasi:
Berdasarkan novel Konserto Terakhir karya Abdullah Hussain, terdapat banyak unsur saspens yang terdapat di dalam novel ini. Antaranya termasuklah ketika Malam Orkes Perdana. Hilmi yang sepatutnya membuat persembahan tidak muncul-muncul sehingga menyebabkan Hayati yang ketika itu baru pulang dari London menggantikan tempat Hilmi untuk membuat persembahan. Pembaca tertanya-tanya apakah yang berlaku kepada Hilmi sehingga menyebabkan dia tidak hadir ke majlis tersebut.
SUMPAH TAK SUSPENSE LANGSUNG..!! -.-'
~End Post~