KALAU MAK SAYA ADA FACEBOOK
Nukilan: Firdaus Zainal Abidin.
. Kalau mak saya ada Facebook.
Akan saya add beliau tanpa segan silu.
Dan apabila request telah diapprove.
Tanpa rasa ragu-ragu saya akan post ke wall mak saya.
"Thanks for the approve, mak. :D"
.
Kalau mak saya ada Facebook.
Akan saya add beliau dalam parents list saya.
Untuk menghebahkan kepada seluruh dunia bahawa beliau adalah mak saya.
Saya mahu semua orang tahu bahawa beliau adalah mak saya.
Mak saya memang supercalifragilisticexpialidocious.
.
Kalau mak saya ada Facebook.
Akan saya hantar friend suggestion kepada mak saya untuk add semua teman-teman rapat saya.
Biar mak saya tahu semua aktiviti saya.
Supaya tidak perlu lagi saya berhadapan dengan soalan-soalan maut seperti:
"Nak pergi mana tu? Pergi dengan siapa?"
.
Kalau mak saya ada Facebook.
Akan saya beli mak saya dalam Friends For Sale.
Dan akan mengunci beliau supaya orang lain tidak boleh membeli beliau.
Walaupun orang lain itu adalah adik-beradik sendiri.
Ada aku kisah?
.
Kalau mak saya ada Facebook.
Akan saya ajak mak saya main Mafia Wars.
Kerana pastinya beliau akan kalah dalam semua war yang saya declare.
Senang sikit nak tambah bilangan war winnings.
Nak harap orang lain? Sangat payah beb!!
.
Kalau mak saya ada Facebook.
Akan saya minta mak saya supaya beliau main Restaurant City.
Supaya saya senang untuk meminta ingredient untuk dijadikan gift tanpa susah-payah.
Baru senang improve dish, cepat sikit naik level.
Boleh challenge pesaing-pesaing lain secara kompetitif.
.
Kalau mak saya ada Facebook.
Akan saya minta mak saya supaya main My Empire.
Dan akan saya minta mak saya supaya hantar material.
Pastinya ia akan memudahkan kerja saya untuk menyiapkan Wonders.
Daripada Stonehenge hinggalah ke Victory Arch, dalam masa yang singkat ia akan berdiri megah.
.
.
.
*reaches phone, dials number*
"Calling - Mama"
.
.
.
*picks up phone*
"Hello?"
"Hello, mama. Join Facebook boleh? Mintak tolong adik."
.
.
.
.
.
~End Post~
No comments:
Post a Comment