Wednesday, January 23, 2013

Roger And Out

Final exam concludes, along with semester 4 of degree. Tak yakin weh boleh dapat DL. First time rasa macam ni sobsssss. Subjek semua mengundang, nak-nak lagi subjek membaca obviously. Cuma paper Management Accounting je confident. Even Financial Accounting pun mengecewakan. TT_____TT

So, decided to stay home and not going to work. Drive at some of the times, just to make sure I did not forget how to drive manual cars. Oh yes, our family doesn't have auto transmission cars. That explains. Gagaplah jugak dah lama gila tak drive. Nak control clutch pun gelabah. -..-

Monday: Actually tahu yang classmates ada plan nak pergi Genting. Tapi at the same time, roommates habis paper on this day so macam dah plan nak jumpa, borak-borak for the last time dengan diorang. Next semester tak tahu lagi duduk sama lagi atau tidak. Nanti gua cerita kenapa. And at the same time, aku tak buat clearance kolej lagi so that counts as the side motive. :p Jadinya, on that very day, first time belajar naik bas dari rumah all the way ke kampus. Dulu pernah nak try zaman diploma, tapi tak pernah ada chance. So sekaranglah nak merasa. Nak drive tak boleh sebab kereta awal-awal dah kena cop. -.-"

U65: Alam Megah ---> Batu Tiga
U80: Batu Tiga ---> Seksyen 2
U603: Seksyen 2 ---> Perindu

Bak kata housemate aku, tukar bas macam nak pergi Kelantan. -_____- But yeah, that's the way it goes. Lepak kejap dengan diorang lepas buat clearance then chow.

Okay nak cerita kenapa tak sure duduk sekali. Alkisahnya, permohonan kolej semua orang dalam bilik tu gagal, termasuk aku. .___. So diorang cari rumah sewa, and dah dapat. Murah pulak tu. Yes, diorang ajak aku tinggal sekali, tapi aku KIV. Sebab aku apply jadi PM untuk MDS Mac, and kalau dapat jadi PM, automatik dapat kolej. So sebab tu tak boleh janji tinggal sekali dengan diorang.

Tuesday: KLIA woots! Lama dah tak pergi sini, aku sendiri pun dah tak ingat bila last datang sini. Masa zaman budak-budak dulu kot. O____o Motif utama pergi sana sebab nak jumpa Afif yang nak fly ke USA untuk some student exchange program. Though dapat jumpa kejap je, tak sampai sejam pun, at least kira cukup syaratlah. 6 bulan kot pergi sana, bila lagi nak jumpa?

Since aku tak suka drive malam-malam sebab rabun malam boleh tahan teruk, I asked Ariff to drive me there. Sampai KLIA, jumpa dia, singgah McD makan-makan then balik. Agak jealous lah sebenarnya masa tu sebab dia baru lepas SPM kot dah dapat fly and duduk US, meanwhile aku tak pernah pun merasa naik planes hahaha! TT___TT But then, dah rezeki dia, bak kata ayah dia.

(takde gambar, sebab really tak sempat nak snap any pics)

Reached home, replant myself in my bed. Bercendawanlah aku duduk dalam bilik. Next week baru hang out lagi. Program YLoT (Kenegaraan) Institut Pemimpin Muda UiTM kat Pangkor, 3 hari 2 malam! :D Yup, kira lepak ada input lah ni. Can't wait for that, tak pernah kot sampai Pangkor.

Bye!


Monday, December 31, 2012

Hacks

Not many people know that I'm too obsessed with this.


*yang terbukak tu adalah amount consumed semasa siapkan satu soalan publish account - 8 biji -.-*

I have no explanation for this.
Sebiji Hacks tu selalunya aku hisap paling lama pun 5 minit
tak sempat jadi kecik pun benda tu, dah telan habis.
To the extent that now, since tengah final exam season
aku kena spare some money untuk beli stok. O___O

Same goes to chewing gums.
Baru jadi tawar sikit terus buang.
Tapi itu sebab aku tak suka kunyah chewing gum tawar.
Plus selalunya bila aku kunyah chewing gum
aku akan kunyah sekali tepi pipi dan lidah -_____-

And those explain the first two sentence in my twitter bio.

The rest?
How about, "go figure"? :p
Serius korang awesome kalau dapat teka makna sebalik ayat ketiga tu, especially. :D

State Of Confusion

Aku tak faham kenapa
Aku bangun pagi tadi
Benda yang pertama sekali aku terfikir adalah...



"Eh bukak tv, Shin Chan dah nak start."



Padahal it's Monday, and it's 8.00 am. -_____-"
OK dah tu je nak cerita sebenarnya.

Friday, December 28, 2012

15 Months Of Hiatus

Cerita dia begini:

  • Stage 1: Log in Blogger. Click New Post. Fikir apa nak update. Takde idea. Keluar. Tengok live feed. Habis tengok, sign out.
  • Stage 2: Log in Blogger. Tengok live feed. Habis tengok, sign out.
  • Stage 3: Dah tak log in Blogger. Last-last lupa diri sendiri ada blog. -.-

Habis ringkas tak cerita tu? Jadi fahamlahkan sekarang kenapa...err...  okay.


Degree Life. Ingatkan sem 4 diploma dah cukup seksa. Rupanya sem 4 degree ni pun boleh tahan seksa jugak. Tapi aku rasa tak seteruk masa diploma tu. Sampai burnt out bagai. Nasib baik jugak tu.



SELAMAT PENGANTIN BARU KEPADA SARAH FEENEY, CLASSMATE DARI SEM 1 DIPLOMA SAMPAI SEKARANG. :D (Sorry tak dapat datang reception, urgent family matter suddenly mendatang.) Semoga kekal berbahagia bersama suami sehingga akhir hayat. :D


Dan semoga tak dapat anak macam ni. Gugur bulu kening kau. :p

Friday, September 30, 2011

Do You Still Remember This?

I do miss this. :')

~ End Post ~

Sunday, May 15, 2011

Keep Calm And Read This While Munching Your Kacang Ngan Yin

Lama dah tak update blog. Aku tahu korang tak rindu blog update aku, tapi aku tetap nak update jugak. Aku memang budak degil. Aku tahu. *nyaris typo*

Rumah aku ada 7 ekor kucing. Dan bakal bertambah sebab salah seekor daripadanya dah sarat bunting. Sekarang ni dia sibuk cari spot dalam bilik aku untuk beranak. Mungkin kata-kata mak aku dah jadi doa yang makbul.

"Bilik kau ni sepah macam kucing nak beranak!"

Aku dah jarang update status kat Facebook. Kalau dulu 1 hari aku update dalam 5 atau 6 kali, sekarang ni even pernah aku tak update status 3 hari sampai orang lain dah siap sedia nak buat solat jenazah untuk aku sebab ingat aku dah mati. Game pun dah tak banyak main, Baking Life satu-satunya yang aku bukak hari-hari. Kalau kek hangus, aku jiwa kacau . *nyaris typo lagi*

Bahasa dah terevolusi. Begitu juga ejaan. Kaedah turut berubah. Kalau dulu nak ubah ejaan, para linguist bertauliah lagi disegani kena bersidang banyak kali sampai naik kesian kat mak cik yang bancuh kopi dan goreng cekodok untuk diorang. Tapi sekarang nak ubah ejaan sendiri ikut suka je. Contoh mudah: "Happy birthday". Perkataan yang tak panjang, hanya 14 aksara termasuk space. Tapi lagi mahu pendekkan. Bermula dengan "epi besday", kemudian "epibeday", diikuti oleh "besday" dan last sekali "HB". Bagi aku itu adalah perbuatan yang tidak menunjukkan keikhlasan. Baik tak payah wish. -_____-"

~End Post~

P/S: Bila agaknya Doraemon nak menjelma daripada laci meja belajar aku ni?

Wednesday, April 27, 2011

Post ini tidak memerlukan tajuk

A: "Pergh best siot tinggal lagi 3 paper"
B: "Demm, apasal tinggal 3 je? Aku nak lagi banyak kot."
C: "Kita tengah final eh sekarang?" *muka lost*

Have a wild guess, mana satu adalah aku? 

Urgh, nak tulis apa? Masalah biasa. -.-"

Exam? Err okaylah. Bolehlah. Takdelah terrer mana, tapi bolehlah survive. Harapanlah nak dapat 4 flat, tapi nak dapat Dean's List tu, insya-Allah. ^_^



Budak-budak TEKA ramai balik hari ni. Dah macam plan pulak diorang ni. Dan ramai jugak yang update status kat fb + update blog...

"I'M HOMEEEE!!" :D

Aku cemburu. T_T

Nak-nak lagi aku lately selalu tidur kat 1C19 (rumah geng Tangga's) sebab aku selalu kena tinggal sorang-sorang dalam bilik. Kesunyian. Kesian. Padan! +.+

Ada sesiapa nak teman saya tidur sampai Ahad? :D





*bunyi burung hantu 2 minit*





Err aku dah tak tahu nak tulis apa lagi. zzz. =.= Sengal jek Twitter boleh update seminit sekali tapi blog nak update seminggu sekali pun susah. Nampak sangat takde bakat menghurai isi. Dah boleh tahu kan macam mana rupa esei yang aku tulis? -_____-

Kbyee! :D (trademark budak akaun :p)

~End Post~

Thursday, February 24, 2011

Confession, Confectionery, Connection, Cornetto.


Benda paling aku tak suka baca adalah blog post panjang yang guna shortform dari awal sampai akhir.
Sumpah pening kepala. @.@ Plus I'm not into shortforms.
And as you see, I rarely use it here. :D
Sesiapa yang biasa texting dengan aku mesti tahu betapa panjangnya text yang aku biasanya hantar.
I mean, REALLY PANJANG! :O
Bukan apa, boleh jimat kredit jugak kan. xD (kalau dah kedekut tu cakaplah terus -.-)
(P/S: Lebih rela baca buku sejarah negara Trinidad & Tobago. :O)

Benda yang paling aku menyesal sebab tak buat adalah sign-up Twitter awal-awal.
Sebab aku dapati Twitter dengan jayanya telah sharpen skill summary aku.
(140 characters per tweet, zzz.)
Since sebelum ni semua orang bising kata aku banyak meleret and balik-balik diorang komen ayat yang sama. "Straight to the point, straight to the point." -.-
Sekarang ni tak ramai dah complain. :D

Benda yang paling aku tak suka buat adalah bercakap dengan cermin.
Kenapa? Sebab aku jealous.
Orang dalam cermin tu muka dia comel sangat.
-_____-"

Err, ok dah merepek.
KBYEE!!~

~End Post~

P/S: MAF220 macam tengah plan nak jatuhkan pointer aku ni. Cilako babeng mung. -.-
Wei Firdaus studylah, common test weekends ni kan. -..-
Err, alter ego gua dah marah. KBYEE!!~
Jom dating!! :D

Dating kat sini je. -..-

Sunday, January 02, 2011

Testimonial - Apa pendapat mereka tentang saya?

Segalanya bermula dengan ini:-


Setiap kali ada kawan aku update status macam tu, terus aku inbox. Dan tadaa...

(klik gambar untuk besarkan. sorry terpaksa susahkan korang. ini dah "large" dah ni. kalau letak "x-large" dia terkeluar page margin pulak. -.-)

















Thanks korang. :')

~End Post~

Saturday, January 01, 2011

Tersebut Alkisah...

Semua sketsa ini berlaku pada 1 Januari.

Sketsa 1 - 12.01 am:

Anak: Mak, nak makan.
Mak: Eh, bukan ke kau baru makan tadi?
Anak: Mana ada mak. Last saya makan TAHUN LEPAS lah. Tolonglah goreng cekodok mak, kebulur tahap dewa dah ni.
Mak: -.-"


Sketsa 2 - 7.30 am:

Mak: Eh, apahal kau nak buang roti tu? Bukan ke kau baru beli semalam.
Anak: Eh, mak. Tak boleh makan dah roti ni. Ini kan roti TAHUN LEPAS.
Mak: -.-"




Ahoy 2011!! :DD

~End Post~

Thursday, December 30, 2010

Rambang

Assalamulaikum.

Kiraan pantas menunjukkan blog ini sudah 60 hari tidak dihiasi dengan post baharu. Pergh, lama giler tak update blog. Kalau roti biar selama tu confirm kulat dah sehasta tebal. -.-"

(Gambar hiasan)

Anyway, aku tak tahu nak cakap apa. Sekadar nak update, so post ini agak cacamarba. (Maaf, tak berapa gemar draft. Kalau Blogger takde draft function tu pun aku masih boleh survive.)

Cuti semester sangatlah best. Perasaan bercampur aduk. Minggu-minggu awal rasa macam nak cepat-cepat habiskan cuti lepas tu balik Puncak secepat mungkin. Minggu-minggu akhir rasa macam nak lambat-lambat habiskan cuti lepas tu balik Puncak selambat mungkin. =.=' Karma? Mungkin.

Dan disebabkan terlalu bosan...


Hehe, mintak maaflah hari-hari spam news feed korang dengan benda-benda ni. Bukan apa, ramai kawan gua yang main game-game tu. Lagipun...



Dah dekat sangat dah tu. Awesome tak? Top 3 list aku semuanya budak Puncak. Tak hairanlah kalau aku begitu bersemangat mewujudkan...


Lifeless sungguh aku. -.-"

Inilah bakeri saya. Klik gambar untuk paparan lebih terang, jelas, nyata dan izhar. xD
(Macamlah korang nak tengok sangat kan. -.-)

Fenomena terbaharu.


Semua dah galak main kan? Apa lagi? Add lah saya jadi neighbour. xD
Gambar bandar saya? Hehe, nak tahu layout bandar saya, add lah. :P

Result exam?

(err, okay, gambar tak nak blah. -.-)

Bolehlah. Tak nak cerita kat sini, isu lapuk. Yang penting lepas target dan dapat buat mak ayah aku kembang tekak hidung. xD

Duit biasiswa JPA?



Sudah masyuk. $.$ Apa plan? Shh, rahsia!! :P

AFF Suzuki Cup?



Hot news untuk bulan Disember. Err, tarik balik. Bukan cup tu, tapi Khairul Fahmi. -.-" Penuh homepage Twitter aku dengan tweets pasal dia. Choi!! (Niat di hati nak saja aku capture screen masa tu, tapi aku respect privacy tweets korang. xD)

Detik bersejarah. :')

Anyway congrats Malaysia. Tamat sudah penantian 14 tahun. Sang garuda akhirnya tumbang di cengkaman kuku harimau. Eh chop, garuda wujud ke? -..- Hanya mitos kan kan kan? xD

Saya sayang kawan-kawan saya.
(tak nampak ke? sorry. klik gambar untuk "besau"kannya.)

Terima kasih kepada semua 31 orang yang like status ni hari tu. Terharu rasanya. *lap lap air mata* :') Tapi ingat, bukan sekadar like, itu adalah janji. :D

Permohonan kolej?


Logo kolej tercinta. xD

Alhamdulillah, lulus. :) Walaupun dapat tingkat 5 dan rumah sempit, at least dapat. So bersyukurlah. :D

Berat badan?


Tak naik, tak turun. MAINTAIN!! Urghh, kurus sangat ni, nak gemuk sikit. Tapi makan banyak pun macam takde effect je. -..- Siapa boleh sponsor Appeton Weight Gain? Tolong jangan kata "Duit JPA kau kan ada.". -.-

Menjelang tahun baru 2011.


Excited? Ha'ah, tapi part percikan bunga api "besar punya" saja lah. :P Tak pernah excited setiap kali tahun baru. Azam pun jarang ada. Haishh, manusia takde matlamat betul aku ni. -.-

Apa lagi nak cerita hah? Err, cukuplah kot. Post yang ni pun dah berterabur kan kan kan. Dengan gambar warna-warni segala bagai. Pening tak baca? O.o

~End Post~

Wednesday, September 08, 2010

Theory of Suspense

KFC sememangnya sedap sehingga menjilat jari.
Err, okay. Takde kena-mengena dengan title. -________-"



Berdasarkan kajian yang dijalankan oleh Prof. Firdaus the Great, dapatlah beliau simpulkan bahawa terdapat tiga jenis suspense yang utama.



Spesies 1 - Suspense yang natural dan tidak dibuat-buat.
Contoh situasi:

Jam menunjukkan pukul 2 pagi.
Korang duduk sorang-sorang kat dalam bilik.
The whole family korang dah masuk tidur.
Tiba-tiba terdengar bunyi ketukan kat luar rumah.
Korang pun mula cuak, fikir siapa yang ketuk pintu.
Maka korang pun dengan kayu besbol di tangan menuju ke pintu.
Buka saja pintu, baru nak hayun kayu.



"WOI, LEK LU..!! Ko ingat aku perompak ke?
Rupanya korang terlupa yang abang korang kerja shift malam dan memang habit dia tak bawa kunci rumah.
Buang karan je suspense. -.-'

Spesies 2 - Suspense yang dibuat-buat.
Contoh situasi:

Pada satu pagi yang indah, korang keluar rumah check mail box.
Korang dapati ada satu kotak misteri tertulis nama korang.
Dengan penuh debaran, korang pun bukak kotak tu.
Dalam kotak tu rupanya ada bom. :O
Suspense korang pun mula mencapai klimaksnya, yelah takut meletup.
(P/S: Jangan fikir yang lain okay!! =.=")
Maka korang pun berlari mencari tempat perlindungan.
Lalu terdengarlah bunyi yang menggegarkan cuping telinga...



CUT..!!
Laa, tengah shooting rupanya. Memang dibuat-buatlah kan suspense itu.
Dan bom itu pun pastinya palsu.
Cheh..!! -.-'

Spesies 3 - Suspense yang langsung tak suspense.
Contoh situasi:

Berdasarkan novel Konserto Terakhir karya Abdullah Hussain, terdapat banyak unsur saspens yang terdapat di dalam novel ini. Antaranya termasuklah ketika Malam Orkes Perdana. Hilmi yang sepatutnya membuat persembahan tidak muncul-muncul sehingga menyebabkan Hayati yang ketika itu baru pulang dari London menggantikan tempat Hilmi untuk membuat persembahan. Pembaca tertanya-tanya apakah yang berlaku kepada Hilmi sehingga menyebabkan dia tidak hadir ke majlis tersebut.



SUMPAH TAK SUSPENSE LANGSUNG..!! -.-' 

~End Post~

Wednesday, August 25, 2010

Kalau Mak Saya Ada Facebook

KALAU MAK SAYA ADA FACEBOOK
Nukilan: Firdaus Zainal Abidin.
.
Kalau mak saya ada Facebook.
Akan saya add beliau tanpa segan silu.
Dan apabila request telah diapprove.
Tanpa rasa ragu-ragu saya akan post ke wall mak saya.
"Thanks for the approve, mak. :D"
.
Kalau mak saya ada Facebook.
Akan saya add beliau dalam parents list saya.
Untuk menghebahkan kepada seluruh dunia bahawa beliau adalah mak saya.
Saya mahu semua orang tahu bahawa beliau adalah mak saya.
Mak saya memang supercalifragilisticexpialidocious.
.
Kalau mak saya ada Facebook.
Akan saya hantar friend suggestion kepada mak saya untuk add semua teman-teman rapat saya.
Biar mak saya tahu semua aktiviti saya.
Supaya tidak perlu lagi saya berhadapan dengan soalan-soalan maut seperti:
"Nak pergi mana tu? Pergi dengan siapa?"
.
Kalau mak saya ada Facebook.
Akan saya beli mak saya dalam Friends For Sale.
Dan akan mengunci beliau supaya orang lain tidak boleh membeli beliau.
Walaupun orang lain itu adalah adik-beradik sendiri.
Ada aku kisah?
.
Kalau mak saya ada Facebook.
Akan saya ajak mak saya main Mafia Wars.
Kerana pastinya beliau akan kalah dalam semua war yang saya declare.
Senang sikit nak tambah bilangan war winnings.
Nak harap orang lain? Sangat payah beb!!
.
Kalau mak saya ada Facebook.
Akan saya minta mak saya supaya beliau main Restaurant City.
Supaya saya senang untuk meminta ingredient untuk dijadikan gift tanpa susah-payah.
Baru senang improve dish, cepat sikit naik level.
Boleh challenge pesaing-pesaing lain secara kompetitif.
.
Kalau mak saya ada Facebook.
Akan saya minta mak saya supaya main My Empire.
Dan akan saya minta mak saya supaya hantar material.
Pastinya ia akan memudahkan kerja saya untuk menyiapkan Wonders.
Daripada Stonehenge hinggalah ke Victory Arch, dalam masa yang singkat ia akan berdiri megah.
.
.
.
*reaches phone, dials number*
"Calling - Mama"
.
.
.
*picks up phone*
"Hello?"
"Hello, mama. Join Facebook boleh? Mintak tolong adik."
.
.
.
.
.
~End Post~

Thursday, August 19, 2010

Harry Yang Malang

Pada suatu hari yang tenang.
Harry sang tebuan sedang bermalas-malasan di dalam sarang beliau.
Dengan tangannya memegang iPod dan telinganya tersumbat dengan earphone.
Beliau sedang mendengar lagu dengan riangnya.
Seperti manusia, beliau turut menyanyi mengikut irama lagu.
.
"Imma be, Imma be, Imma Imma Imma be"
.
"BANG!! BANG!!"
.
Bunyi tembakan silih-berganti memecah keheningan hari yang penuh dengan kedamaian itu.
Tembakan yang dilepaskan oleh tebuan-tebuan yang lain.
Hanya terhenti selepas 21 das dilepaskan.
Kelihatan Harry telah pun terkulai layu. Tidak bernyawa.
Dengan keadaannya masih memegang iPod beliau dan telinga beliau masih tersumbat dengan earphone.
.
Kenapa tebuan yang lain menembak mati Harry?
Sebabnya senang sahaja ~ salah faham.

Mereka menyangka Harry menyanyi seperti berikut:
.
"Imma bee, Imma bee, Imma Imma bee."
.
Pada pendapat mereka, Harry menyanyi lagu itu kerana telah murtad daripada golongan tebuan (wasp) dan masuk ke golongan lebah (bee).
Dalam kitab Hukum Kanun Tebuan-ism, telah termaktub bahawa barangsiapa yang murtad daripada golongan tebuan, maka hendaklah beliau dihukum bunuh.
Oleh itu, Harry secara tidak langsung telah menjadi mangsa keadaan.
.
Kesian Harry.
.
P/S: Homophones suck!!
.
~End Post~

Monday, July 26, 2010

Checklist Update 1

List of Things to Do at UiTM
  • ...
  • bla bla bla
  • Update blog masa lecturer tengah mengajar dalam kelas.
  • bla bla bla
  • ...
Yes, misi terlaksana. :D

~End Post~

Tuesday, March 30, 2010

Debut Post

Hey people.
Finally, I have a blog.
YES, FINALLY FIRDAUS HAS A BLOG! :D
.
Why does this blog exist?
Well, the reason is quite SIMPLE!
There are demands by some people who wants to see me blogging.
Don't believe my words?
I do have some photo proofs.
.
Sorry if the photos looked lousy.
I edited it using Microsoft Paint since I don't have Adobe Photoshop.
.

#1

#2
.
See? Told ya!
.
Well, just one thing I'm gonna tell you for sure.
Since nowadays I rarely have interesting activities to be bragged about,
therefore I will not update my blog consistently.
So, don't be mad if I didn't update my blog for so long. :P
.
Okay, see you in the next update.
Ciou.
.
P/S: If you want to comment about my posts, just comment at the ChatBox or Facebook.
.
~End Post~